• Mandi Sungai kat Sungai Tua Hulu Yam

    Sebenarnya trip kali ni adalah trip berkhemah, tapi banyak video dan gambar masa mandi sungai. Jadinya tajuk post kali ni adalah mandi sungai lah. Heheee. Tak tahulah macam mana boleh terlupa nak shoot dekat kawasan khemah. Kawasan sungai sini memang cantik dan sesuai untuk budak-budak. Ada kawasan yang dalam (tapi tak dalam sangat) dan ada kawasan yg cetek. Kalau bawak budak umur 1-2 tahun pun sesuai sebab banyak juga kawasan sungai yang takat buku lali jer. Kawasan sungai tumpuan ramai adalah sekitar jambatan gantung. Dari pintu gerbang jalan turun bukit tu, teruuuuus jer, pasti nampak jambatan tu. Tapi kalau nak explore ke atas atau bawah lagi pun boleh. Sungainya panjang…

  • Tengok Sawah Padi di Sekinchan

    Itu hari musim panas, dan matahari tenggelam nampak cantik kalau tak hujan. Tiba-tiba teringat, kalau dapat pergi area sawah padi bawak anak-anak mesti best. Maka terjadilah lawatan ke Sekinchan pada kali ini. Kami bertolak dari Ampang, dan Waze tunjuk jalan supaya lalu PLUS, keluar di Rawang dan lalu Ijok. Waktu lalu Rawang tu, ada nampak Selangor Fruit Valley. Besar kawasannya dan mungkin akan pergi kesitu lain kali. Perjalanan sepatutnya hanya memakan masa sekitar 1.5-2 jam dari KL. Tapi bergantung pada dari which part of KL dan keadaan trafik, perjalanan boleh jadi sampai 3-4jam. Kalau tak suka memandu lama-lama, elok lah rancang perjalanan. Jangan pergi masa cuti sekolah dan bertolak awal.…

  • Fareena Cafe & Restaurant (Tanah Aina)

    Selalu kalau balik ke kampung isteri, akan lalu kawasan Lentang ni. Tengok tempatnya dari dalam kereta memang memanggil-manggil. Beberapa minggu/bulan sebelum tu ada tertengok video yang nk ke kafe ni kena jalan kaki dan lalu bawah highway ?. Jadinya, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kemaman (kenduri sepupu), cakap kat isteri nak cuba makan kat Tanah Aina ni, isteri kata “jom”. Walaupun kafenya sebelah kiri kalau kita hala ke KL, tapi tempat parkirnya disebelah kanan. Jadi kami terpaksa buat pusingan-u. Jangan lupa nak balik nanti pun kena buat pusingan-u sebab nak balik KL kan? Tempat letak kereta tak perlu risau sebab memang banyak. Kalau ikut wak yang jaga kereta…

  • Yang penting ada kemajuan

    Begitulah hidup ini. Bila berusaha tu tak perlu huru-hara atau kelam-kabut. Slow and steady sahaja. Yang penting ada progress! Setelah kita berhenti berusaha, ketika itu lah kita telah gagal. Laju-laju nak pergi mana? Yang penting terus bergerak kehadapan. – Encik Siput ?

  • Piknik impromtu

    Gas memasak habis? Tak pa, kayu api banyak lagi.. Kali ni turn balik kampung kat tanjung malim. Setelah lebih setahun tak balik, ngan aktiviti camping pun dah lama tak jalan. Mmg kaki ni gatal ker nak masuk hutan. Kebetulan ngam sekali ngan geng kakak pun ada gak. Pagi tu kitorang ke klinik sebab aleef ni dok selsema dah 2 hari. Balik dari klinik rupa2nya ada miskol dari kak ngah kata diorang pergi air terjun. Gegar semua anak2 suruh bersiap, padahal tak bersiap mana pun. Kami berlenggang jer. Hahaaa.. Air kat sini memang sejuk syahdu. Ini kawasan yang tak digazetkan sebagai tmpat pelancongan. Jadi tak ramai yang tahu. Boleh lah kan…