Berkhemah kat Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang. Terbaiiik!!

Memang terbaik tempat ni. Ini kali kedua kami repeat berkhemah tempat yang sama. Kali ni berkhemah dengan geng UM dulu.

Sebab kitorang tidur 1 malam sahaja, jadi kami perlu sampai pagi-pagi untuk fully utilize masa yang ada kat sana. Kalau masuk lambat, penat pasang dan kemas khemah ja.

Baru sampai, muka fresh bersih lagi.

Kitorang repeat tempat ni lagi sebab TERKom punya staff memang mesra, persekitaran yang selamat, tapak 50% of tapak khemas semua tepi sungai dan sungai dia cetek jer. Tak risau nak lepaskan anak2 main.

Selain tu kat sini memang rasa macam masuk hutan (memang hutan pun). Kalau tempat lain aku tengok macam persekitaran kebun. hahaaa..

Malam2 pun staff dia ada ronda. Aku tidur dalam pukul 2-3pagi, masih boleh nampak diorang meronda.

Selain tu yang best lagi, takder binaan man-made dekat dengan tapak. Tiada plugpoint. Tiada lampu jalan.

Toilet yang disediakan bersih dan kena jalan jauh sikit (I like). Harga pun mmg untuk rakyat marhaen.

3 khemah 3 keluarga

Jemput klik button play kat bawah ni kalau nak tengok versi video.

The aftermath.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *