Fareena Cafe & Restaurant (Tanah Aina)

Selalu kalau balik ke kampung isteri, akan lalu kawasan Lentang ni. Tengok tempatnya dari dalam kereta memang memanggil-manggil. Beberapa minggu/bulan sebelum tu ada tertengok video yang nk ke kafe ni kena jalan kaki dan lalu bawah highway ?.

Jadinya, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kemaman (kenduri sepupu), cakap kat isteri nak cuba makan kat Tanah Aina ni, isteri kata “jom”.

Walaupun kafenya sebelah kiri kalau kita hala ke KL, tapi tempat parkirnya disebelah kanan. Jadi kami terpaksa buat pusingan-u. Jangan lupa nak balik nanti pun kena buat pusingan-u sebab nak balik KL kan?

Ke ruangan parkir Fareena Cafe & Restaurant (Tanah Aina)

Tempat letak kereta tak perlu risau sebab memang banyak. Kalau ikut wak yang jaga kereta kat situ, pelanggan ramai waktu petang. Maksudnya dalam lepas Asar hingga Maghrib. Tapi tempatnya besar, kalau ramai orang pun tak lah sampai sesak.

Akses dari tempat letak kereta ke tempat makan walaupun kena berjalan kaki merentasi bawah lebuhraya, ianya mesra orang tua dan kerusi tolak (disediakan). Laluannya yang dipanggil “The bridge under the brige” cantik serta insta-worthy memang buat tak terasa jauh berjalan. Budak-budak pun seronok jer.

Sampai je kat kafe, disapa oleh kapten (mungkin) disitu dan diiring ke meja yang bersesuaian untuk kita.

Lupa pulak nak bagitahu, sungai kat kafe ni boleh mandi sekali. Sesuai untuk kanak-kanak. Dewasa pun boleh mandi juga kalau tak malu. ?

Pilihan makanan banyak (roti bakar, roti canai, tomyam, steamboat, sup, pizza, western, mi). Harga standard kedai hipster kat KL dan tak mengejutkan sangat.

Presentation plate makanan mengkagumkan, rasa sedap tapi tak sampai kemuncak.

Maksudnya kafe ni datang bukan untuk makan sedap, tapi lebih kepada untuk berlibur (sebab ada sungai dan kawasan landskap berbukit). Kalau nk buat reunion dengan kawan-kawan lama pun sesuai juga ni. Kalau nak datang sini juga, kena luang masa 3-4 jam supaya berbaloi perjalan pergi dan balik.

Versi video

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *