Jumaat kedua PKP
Throwback.
Ini Jumaat kedua dibenarkan utk solat Jumaat semenjak penguatkuasaan PKP semenjak 18 Mac 2020 yang lepas.
Jemaah hanya dibenarkan masuk 1 jam sebelum masuk waktu Zohor. Jadi maksudnya hanya pada pukul 12.20 baru gate masjid akan dibuka.
Jumaat pertama sebelum tu, aku sampai masjid pukul 12.30pm. Just nice 5-7 orang jer beratur. Tapi kali ni..

Dalam 20 minit jugaklah beratur nak sampai masuk masjid. Nasib baiklah cuaca tak panas. Pastu ada bawak sejadah sendiri, so boleh buat tutup kepala.
Ramai jugak yang hampa dan terpaksa patah balik. Sekurang-kurangnya diorang dapat pahala mencuba.
