• Jawi cheatsheet – bahagian dua

    Ini dari kesinambungan dari bahagian satu. Korang boleh lah search kat tepi tu kalau nak cari. Yang ini pun penting jugak sebab, budak-budak sukar nak ingat huruf-huruf yang boleh sambung atau tak boleh sambung selepasnya. Jadi ini pun salah satu yang aku print untuk rujukan anak. Boleh download disini dan disitu.

  • Jawi cheatsheet – bahagian satu

    Ya. You read it right. Jawi pun nak kena ada cheatsheet. Itu hari aku ada post pasal ABC cheatsheet, kali ni lain sikit Tapi untuk jawi cheatsheet dia lain la. Kalau untuk ABC, ada huruf besar dan kecil. Tapi kalau jawi budak-budak dia akan ada masalah untuk sambung-sambungkan huruf dia. Jadi kali ni aku kongsi la cheatsheet untuk jawi. Dia ada 2 bahagian, satu adalah senarai kedudukan huruf tu jika ada didepan, tengah atau belakang. Satu lagi adalah senarai huruf yang tak boleh disambing selepasnya. Okep, mari kita download, versi doc dan versi pdf.

  • ABC Cheatsheet

    Dah kat penghujung PKP ni la baru nak kongsi cheatsheet macam ni kan. Haaa, sorry guys. Time ni la baru berkesempatan (baca: rajin) nak kongsi. Kisahnya anak-anak yang PDPR ni terutama yang baru 5 – 7 tahu ni dia orang selalu keliru dan lupa antara huruf “b”, “d” dan “p”. Itu belum kira yang huruf besar huruf kecil lagi. Jadinya aku yang malas nak ulang ajar anak aku banyak kali, sediakan cheatsheet ni dan terus print. Kalau dia orang lupa lagi, aku tunjuk benda ni dan suruh diorang baca kuat-kuat. Mudah hidup kan. Kalau nk versi doc, boleh downnload kat sini ya. PDF pun nak jugak? Okok, bole click ni.

  • Siap dos kedua!

    Siap dos kedua hari Rabu lepas! Aku datang sorang, dan malas beratur panas2 nak amek gambar. Aku ada flat foot dan seorang putera lilin. Itu sebabnya xder gambar kat frame. #donejustify