-
Jumaat kedua PKP
Throwback. Ini Jumaat kedua dibenarkan utk solat Jumaat semenjak penguatkuasaan PKP semenjak 18 Mac 2020 yang lepas. Jemaah hanya dibenarkan masuk 1 jam sebelum masuk waktu Zohor. Jadi maksudnya hanya pada pukul 12.20 baru gate masjid akan dibuka. Jumaat pertama sebelum tu, aku sampai masjid pukul 12.30pm. Just nice 5-7 orang jer beratur. Tapi kali ni.. Dalam 20 minit jugaklah beratur nak sampai masuk masjid. Nasib baiklah cuaca tak panas. Pastu ada bawak sejadah sendiri, so boleh buat tutup kepala. Ramai jugak yang hampa dan terpaksa patah balik. Sekurang-kurangnya diorang dapat pahala mencuba.
-
Unboxing GIGABYTE GEFORCE GTX 1650 MINI ITX OC
Beli barang ni time Lazada sale 12.12 dengan harga RM631.00, tak termasuk shipping. Brand GIGABYTE, 4GB DDR5, low profile. Bila tgk benchmark, 692% lebih laju dia punya effective speed berbanding Intel HD 530, so good enough untuk turunkan rendering time dari 2jam ke 20minutes. Kalau ikutkan, ada jer seller lain jual murah, tak payah tunggu sale pun. Tapi memandangkan aku beli dari “NVIDIA Official Store” a.k.a LazMall, aku rasa boleh ambil risiko ni. Dengan harapan aku dapat barang dengan tiptop condition. Tapi hampeh. Harga macam tu, dari LazMall, tapi dapat barangan terpakai? Perlu marah ke tak? Lepas 2-3 hari aku decide untuk return ini barang. Initiate return dalam Lazada, bungkus…
-
Time Lapse – Senja di Kinrara
Taken by 0.5 second interval.
-
Rambut tempurung
Rambut budak-budak ni memang kalau panjang sikit akan jadi fesyen rambut tempurung. Ada orang panggil rambut topi keledar atau rambut periuk.. haahaaa..
-
AEON, rumah kedua
Itu hari ada gangguan bekalan air dari 5 Mac sampai 12 Mac 2018. https://www.syabas.com.my/disruption/view/5086 Aku expect rumah aku bole survive, sbb masa dulu ada catuan air, rumah kitorang ok jer. Jadi since air rumah kitorang baru habis hari Sabtu, so hari Ahad kitorang pergi AEON Taman Equine untuk habiskan masa. Sbb expect Ahad mlm dh ada air. Keluar tengahari, pergi makan, solat zohor, pergi Mr DIY, Daiso, solat asar, pum pam pum pam dh maghrib. Solat magrib dulu pastu keluar AEON makan malam kat McD Equine pulak. Kt McD tanya dalam group wasap, diorang kata still xder air.. huhuuu.. adoi.. Sampai umah, letak barang, bawak satu family pergi mandi dan…