• Kalau dah budak2

    Dulu Reena yg suka buat gini masa amek dia dari tadika. Sekarang dah darjah 2, umi dia yg amek. Perangai ni turun kat Aweem pulak. Aku cuma bagi dia bukak tingkap sampai pagar TPM jer, lepas tu kena tutup. Alasan aku “sbb moto laju lalu kat tepi”. Buat masa ni alasan tu masih menjadi lagi. Hmmm.. kalau dah budak2 kan..? Btw, jaket tu dia kata dia punya, padahal kawan tadika yg punya. Confuse la tu dgn jaket kuning dia yg satu lagi.

  • Sumpahan stokin

    Bangun pagi aku kena uruskan semua anak2. Sebab bini kursus 3 hari. Anak yg first kena masuk sekolah awal sbb ada exam. Anak yg kedua mmg hampir setiap pagi kena berperang untuk suruh mandi dan pakai baju. Nk pakai pomede lagi. Anak yg last, nursery mintak mandikan dulu sbb kawasan umah ni dijadualkan putus bekalan air. Dh setel semua aku pun nk pakai stokin.. Akhirnya aku terkena sumpahan stokin sebelah.. hahaaa Tak sangka pulak sumpahan stokin ni betul2 wujud.. huhuu…