• Mandi Sungai kat Sungai Tua Hulu Yam

    Sebenarnya trip kali ni adalah trip berkhemah, tapi banyak video dan gambar masa mandi sungai. Jadinya tajuk post kali ni adalah mandi sungai lah. Heheee. Tak tahulah macam mana boleh terlupa nak shoot dekat kawasan khemah. Kawasan sungai sini memang cantik dan sesuai untuk budak-budak. Ada kawasan yang dalam (tapi tak dalam sangat) dan ada kawasan yg cetek. Kalau bawak budak umur 1-2 tahun pun sesuai sebab banyak juga kawasan sungai yang takat buku lali jer. Kawasan sungai tumpuan ramai adalah sekitar jambatan gantung. Dari pintu gerbang jalan turun bukit tu, teruuuuus jer, pasti nampak jambatan tu. Tapi kalau nak explore ke atas atau bawah lagi pun boleh. Sungainya panjang…