• Tengok Sawah Padi di Sekinchan

    Itu hari musim panas, dan matahari tenggelam nampak cantik kalau tak hujan. Tiba-tiba teringat, kalau dapat pergi area sawah padi bawak anak-anak mesti best. Maka terjadilah lawatan ke Sekinchan pada kali ini. Kami bertolak dari Ampang, dan Waze tunjuk jalan supaya lalu PLUS, keluar di Rawang dan lalu Ijok. Waktu lalu Rawang tu, ada nampak Selangor Fruit Valley. Besar kawasannya dan mungkin akan pergi kesitu lain kali. Perjalanan sepatutnya hanya memakan masa sekitar 1.5-2 jam dari KL. Tapi bergantung pada dari which part of KL dan keadaan trafik, perjalanan boleh jadi sampai 3-4jam. Kalau tak suka memandu lama-lama, elok lah rancang perjalanan. Jangan pergi masa cuti sekolah dan bertolak awal.…