Tengok Sawah Padi di Sekinchan

Itu hari musim panas, dan matahari tenggelam nampak cantik kalau tak hujan. Tiba-tiba teringat, kalau dapat pergi area sawah padi bawak anak-anak mesti best. Maka terjadilah lawatan ke Sekinchan pada kali ini.

Memang cantik!

Kami bertolak dari Ampang, dan Waze tunjuk jalan supaya lalu PLUS, keluar di Rawang dan lalu Ijok. Waktu lalu Rawang tu, ada nampak Selangor Fruit Valley. Besar kawasannya dan mungkin akan pergi kesitu lain kali.

Perjalanan sepatutnya hanya memakan masa sekitar 1.5-2 jam dari KL. Tapi bergantung pada dari which part of KL dan keadaan trafik, perjalanan boleh jadi sampai 3-4jam. Kalau tak suka memandu lama-lama, elok lah rancang perjalanan. Jangan pergi masa cuti sekolah dan bertolak awal. Seeloknya kena sampai di sawah padi ni pukul 6.30 petang sehingga pukul 8.00 malam.

Lepas puas berjalan kat sawah, kami pergi makan Ikan Bakar kat Aroma Ikan Bakar kat Jeram. Sebab selalu tengok orang memancing dapat kerapu, kali ni kami order kerapu pukak. Asik siakap jer mana boleh. Huhuuu.. Kami order makan biasa jer macam tomyam, sayur dan telur dadar. Lepas makan anak-anak nak pergi pantai kat belakang restoran tu. OK, kami layankan.

Walaupun bunyinya macam bosan jer kat Sekinchan ni, tapi pengalaman tengok matahari tenggelam tu tak ternilai. Kalau datang awal mungkin boleh pergi 2-3 tempat lain lagi macam Muzium Padi, dan satu lagi tu apa entah, yang ada tempat untuk ambil gambar kat rimbunan pokok tebu. Korang cuba google lah ye.

Galeri:

Versi Video:

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *