Unboxing GIGABYTE GEFORCE GTX 1650 MINI ITX OC

Beli barang ni time Lazada sale 12.12 dengan harga RM631.00, tak termasuk shipping. Brand GIGABYTE, 4GB DDR5, low profile. Bila tgk benchmark, 692% lebih laju dia punya effective speed berbanding Intel HD 530, so good enough untuk turunkan rendering time dari 2jam ke 20minutes.

Kalau ikutkan, ada jer seller lain jual murah, tak payah tunggu sale pun. Tapi memandangkan aku beli dari “NVIDIA Official Store” a.k.a LazMall, aku rasa boleh ambil risiko ni.

Dengan harapan aku dapat barang dengan tiptop condition. Tapi hampeh. Harga macam tu, dari LazMall, tapi dapat barangan terpakai? Perlu marah ke tak?

Lepas 2-3 hari aku decide untuk return ini barang. Initiate return dalam Lazada, bungkus dan tunggu Pickupp datang. Tapi hampeh lagi sekali, Pickupp tak datang seperti yang dijanjikan. Chat dengan customer support Lazada, dan diorang suggest untuk guna dropoff sahaja. Diorang tukar status daripada “Pending Pickup” ke “Pending drop-off.”

Bergegas ke MBE Kinrara dan drop barang. Tak tau la pulak berapa lama nak tunggu barang sampai ke seller dan dapat balik duit.. Hmmm..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *